Terima Kasih Telah Mau Mengunjungi Bloq kami < Cerita Puisi Sahabat >Contact Person 081253333622

Cari Blog Ini

Rabu, 23 Februari 2011

Kehidupan Manusia

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


Manusia sebenarnya telah dijadikan Allah melalui berbagai peringkat kehidupan tetapi kebanyakan daripada kita melupainya atau tidak mengetahuinya atau mempercayai mengikut agama masing-masing.
Sesungguhnya manusia memerlukan tasauwur dan gambaran yang betul dan benar mengenai laluan hidup di dunia ini supaya mereka selamat sampai ke matlamatnya yang telah diatur dan dijanjikan oleh Allah Subhanahu wa Taala.
_____________________________

Maksud Firman Allah:

Segala puji bagi Allah Yang telah menciptakan
langit dan bumi, dan mengadakan gelap dan terang,
namun orang-orang yang kafir mempersekutukan
(sesuatu) dengan Tuhan mereka.

Dialah Yang menciptakan kamu dari tanah,
sesudah itu ditentukannya ajal (kematianmu),
dan ada lagi suatu ajal yang ditentukan
(untuk berbangkit) yang ada pada sisi-Nya
(yang Dia sendirilah mengetahuinya),
kemudian kamu masih ragu-ragu
(tentang berbangkit itu).

Dan Dialah Allah (Yang disembah),
baik di langit maupun di bumi;
Dia mengetahui apa yang kamu rahasiakan
dan apa yang kamu zahirkan dan
mengetahui (pula) apa yang kamu usahakan.

Surah Al.An'aam ( 1-3 )
_____________________________________

Peringkat Pertama.
Manusia dijadikan Allah bermula dengan alam roh; Alam roh adalah kehidupan peringkat pertama yang dilalui oleh manusia. Pada peringkat inilah manusia, malaikat dan iblis berada dalam satu masyarakat yang mungkin boleh diistilahkan sebagai masyarakat majmuk. Perpecahan berlaku hanya setelah peristiwa Allah memerintahkan supaya malaikat dan iblis memberi penghormatan kepada Adam a.s. iblis enggan dan sombong, malaikat patuh seperti yang diperintahkan.

Ingin disebutkan secara ringkas di sini bahawa manusia memiliki sifat yang berupa kombinasi sifat malaikat dan iblis iaitu dalam dirinya ada sifat baik dan jahat. malaikat bersifat baik semata-mata manakala iblis pula jahat semata-mata, ini kelihatan jelas selepas peristiwa tersebut.
___________________________________

Maksud Firman Allah :

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman
kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam,"
maka sujudlah mereka kecuali Iblis;
ia enggan dan takbur dan adalah ia termasuk
golongan yang kafir.

Dan Kami berfirman: "Wahai Adam diamilah oleh kamu
dan istrimu syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya
yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai,
dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan
kamu termasuk orang-orang yang zalim.

Lalu keduanya digelincirkan oleh setan dari syurga itu
dan dikeluarkan dari keadaan semula dan
Kami berfirman: "Turunlah kamu! sebahagian kamu
menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada
tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup
sampai waktu yang ditentukan".

Kemudian Adam menerima beberapa kalimat
dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya.
Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat
lagi Maha Penyayang.

Kami berfirman: "Turunlah kamu semua dari syurga itu!
Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu,
maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku,
nescaya tidak ada kekhawatiran atas mereka,
dan tidak (pula) mereka bersedih hati".

Surah Al.Baqarah ( 34-38)

______________________________

Peringkat Kedua.
Manakala peringkat kedua ialah berada di dalam kandungan ibu seperti yang difirmankan Allah di dalam surah al.Mukminun.


Dalam surah Al.Mukminun ayat 12 sehingga 16 Allah berfirman bermaksud, " Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada suatu saripati (berasal) daripada tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik. Kemudian, sesudah itu, sesungguhnya kamu sekalian benar-benar akan mati. Kemudian, sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan (dari kuburmu) di hari kiamat."

Sebahagian daripada kehidupan.
_______________________

Peringkat ketiga .
Peringkat Ketiga ialah setelah manusia itu dilahirkan ke dunia ini. Maka pada ketika ini manusia akan melalui kehidupan dunia di mana mereka perlu berladang untuk kehidupan dunia dan juga wajib berladang untuk bekalan ke akhirat. Dunialah tempatnya untuk menentukan sama ada mereka selamat atau sebaliknya di akhirat nanti ( selepas mati nanti ). Allah mengutuskan Rasul untuk memberi panduan hidup kepada manusia supaya mereka selamat di dunia dan juga di akhirat terpulanglah kepada manusia sama ada mematuhinya atau mengingkarinya.Walau bagaimanapun penegasan telah diberikan kepada manusia bahawa itulah sahaja panduan yang diwahyukan oleh Allah kepada Rasul-Nya, iaitu Al.Quran dan Al.Hadis.

Peringkat keempat,
Peringkat keempat manusia dimatikan dan kembali semula ke alam roh (alam barzah / alam kubur) di sini mereka berada dalam tempoh yang tertentu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, pada zon ini manusia dalam keadaan roh telapun mulai menerima balasan Allah atas amalan atau cara hidupnya ketika di dunia ( ketika mereka hidup), merasai aman atau tersiksa terpulanglah kepada amalan masing-masing, sama ada mematuhi atau mengingkarinya semasa di dunia.

____________________________

Maksud Firman Allah:

" Dan bagi setiap umat ada ajalnya, Apabila datang ajal mereka itu, tidak dapat mereka meminta mengundurkannya dan tidak juga meminta mendahulukannya sesaat jua".
Surah Al.A'raaf (34).
__________________

Dan (ingatlah) akan hari (yang di waktu itu)
Allah mengumpulkan mereka, (mereka merasa di hari itu)
seakan-akan mereka tidak pernah berdiam (di dunia)
hanya sesaat saja di siang hari (di waktu itu)
mereka saling berkenalan. Sesungguhnya rugilah
orang-orang yang mendustakan pertemuan mereka
dengan Allah dan mereka tidak mendapat petunjuk.

Dan jika Kami perlihatkan kepadamu sebahagian
dari (siksa) yang Kami ancamkan kepada mereka,
(tentulah kamu akan melihatnya) atau
(jika) Kami wafatkan kamu (sebelum itu),
maka kepada Kami jualah mereka kembali,
dan Allah menjadi saksi atas apa yang mereka kerjakan.

Surah Yunus (45-46)

________________________________

Peringkat kelima.
Peringkat kelima, Peringkat ini adalah peringkat selepas berada di dalam kubur, manusia kemudiannya akan dibangkitkan dan keluar dari kubur dan menuju ke tempat yang dikenali sebagai Padang Mahsyar. Tempat inilah tempat pertimbangan dan juga ujian, setelah melalui ujian dan pemeriksaan Allah. Mereka yang melalui kehidupan yang bersih dan suci yang diakui Allah dan mereka yang diampunkan dosa akan ditempatkan di syorga, manakala mereka yang melalui kehidupan yang kotor dan jahat mengikut penilaian Allah akan dimasukkan ke dalam api neraka; Dua tempat inilah tempat terakhir dan kekal selama-lamanya.

Bagi mereka yang beriman kepada Allah tetapi melakukan dosa dan tidak diampunkan akan berada di dalam neraka sekadar dosanya sahaja, kemudian akan dikeluarkan dan ditempatkan pula di syorga buat selama-lamanya. Berlainan situasi mereka yang kafir atau syirik dengan Allah semasa di dunia sepanjang hidupnya akan kekal menerima siksaan di neraka. Sama juga bagi mereka yang murtad atau kafir di akhir ayat sehingga ke saat kematiannya.

Untuk mendapatkan penyudah yang baik manusia perlu menjalani kehidupan yang suci dan bersih. tanpa ilmu manusia tidak akan selamat. Ilmu sahaja tidak mencukupi kerana ilmu itu sangat umum sifatnya sama ada ilmu dunia atau akhirat.

Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah ilmu yang mencakup kehidupan dunia dan akhirat yang sejahtera ( bukan ilmu yang membawa keburukan di dunia atau di akhirat ). Manusia sebenarnya memerlukan Iman, Islam dan Ihsan untuk mencapai kehidupan yang bersih dan suci di sisi Allah.

Untuk membina keluarga dan masyarakat berkualiti seharusnya bermula sejak anak berada di dalam kandungan iaitu sejak janin lagi. ketika ini ibu yang hamil dan bapa juga perlu mengambil berat tentang janin tersebut khasnya mengenai pemakanan ibu yang memberi kesan kepada janin di dalam kandungan dan mereka suami isteri pula hendaklah sentiasa berakhlak mulia kerana tingkah laku mereka mempengaruhi anak mereka yang masih di dalam kandungan.


Ibu bapa hendaklah menambahkan pengetahuan mereka terutamanya mengenai pemakanan bayi mereka. Memahami dan mengetahui pemakanan seimbang adalah penting untuk membentuk atau membina keluarga yang berkualiti, disamping memiliki pengetahuan mengenai kesihatan dan ilmu pendidikan. Ajaran Islam adalah teras yang sentiasa bersepadu dalam semua hal supaya kehidupan kita berada di landasan yang betul dan benar.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Kata Bijak